Wednesday, 15 June 2011

NAMA SEKOLAH DAN SEJARAH ASALNYA

 YM Engku Raja Shahriman Ibni Raja Abdul Hamid S.P.M.P., J.M.N., P.J.K., Orang Kaya-Kaya Maha Kurnia Indra Diraja Orang Besar Jajahan Dinding (Manjung)

Nama SMK RAJA SHAHRIMAN bukanlah nama asal sekolah ini. Ia wujud setelah beberapa detik sejarah perkembangannya dari peringkat sekolah rendah ke peringkat sekolah menengah rendah hinggalah seterusnya menjadi Sekolah Memengah Kebangsaan Raja Shahriman sebagaimana yang dikenali pada hari ini.

PADA mulanya hasil kesedaran dan daya usaha penduduk Beruas, wang sejumlah RM 7,000.00 telah dapat dikumpulkan melalui derma orang ramai dengan hasrat untuk membina sebuah sekolah rendah Inggeris di Beruas. Wang yang terkumpul ini telah diserahkan kepada Pejabat Pelajaran Perak. Kerajaan telah membina sebuah bangunan papan yang hanya mengandungi dua buah bilik darjah dan sebuah rumah guru bagi maksud ini. Bangunan ini terbina berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Beruas.  Pada tahun 1954 bermulalah peringkat darjah satu aliran Inggeris di Beruas. Guru Besar yang pertama ialah En. Abdul Kadir b. Abd. Latif. Darjah tunggal yang baru terbentuk itu diberi nama ‘GOVERNMENT ENGLISH CLASS’

PADA tahun 1960, sekolah ini telah menempa sejarahnya lagi iaitu telah diadakan pelajaran menengah peringkat tingkatan satu. Kumpulan pertama ini telah dipindahkan dari Sekolah Iskandar Shah, Parit (hanya murid-murid dari Beruas sahaja). Pada awal tahun 1964, tingkatan empat pertama aliran bahasa Inggeris telah diadakan. Kemudiannya pada Ogos 1968, sekolah menengah telah dipindahkan ke bangunan baru yang berasingan.

SEKOLAH menengah baru ini kemudiannya diberi nama Sekolah Menengah Raja Shahriman mengambil sempena nama YM Engku Raja Shahriman Ibni Raja Abdul Hamid S.P.M.P., J.M.N., P.J.K., Orang Kaya-Kaya Maha Kurnia Indra Diraja Orang Besar Jajahan Dinding (Manjung).

            TAHUN 2005, sekolah ini mencipta sejarah lagi kerana buat pertama kalinya kelas tingkatan 6 telah diperkenalkan. Kelas ini diwujudkan hasil usaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah ini dan pentadbir sekolah yang mengerti kepayahan pelajar tingkatan 6 melanjutkan pelajaran di bandar Sitiawan. Pelajar sulung tingkatan 6 di sekolah ini adalah berasal dari sekitar Beruas dan Pantai Remis.

KINI SMK Raja Shahriman mempunyai 6 blok bangunan, sebuah makmal komputer, sebuah kantin dan sebuah surau yang serba lengkap untuk kemudahan para guru dan pelajar. Jumlah guru pada sesi 2013 ialah seramai 71 orang manakala kakitangan bukan guru seramai 10 orang. Mulai tahun 2009 SMK Raja Shahriaman telah beroperasi sebagai sekolah satu sesi tidak lagi dua sesi seperti tahun-tahun sebelumnya.

No comments:

Post a Comment