1. EN. FRANCIS HO SOOI
(1960 – JUN 1963)
| |
2. EN. CHOONG SHIN YEE
(JUL 1963 – JAN 1966)
| |
|
3. EN. LIM POH TOOI
(FEB 1966 – DIS 1971)
|
|
4. EN. ONG HONG WENG
(JAN 1972 – 1977)
|
|
5. EN. ABD. HALIM B. MOHD AWIN
(FEB 1977 – DIS 1980)
|
6. TN. HJ. MOHD ZIN B. ZON
(JAN 1981 – MAC 1986)
| |
|
7. EN. SOPIAN B. ISMAIL
(APR 1986 – DIS 1988)
|
8. EN. MOHD AZHARI B. ARBI
(JAN 1989 – DIS 1990)
| |
9. EN. AHMAD MURAD B. MANAF
(DIS 1990 – NOV 1991)
| |
10. TN. HJ. MOHD YUSOFF B. SAIDIN
(JAN 1992 – 1PR 1992)
| |
|
11. TN. HJ. OMAR B. YUSOFF
(APR 1992 – FEB 1995)
|
|
12. TN. HJ. MOHD SIRAT B. YAHAYA
(FEB 1995 – MAC 1998)
|
|
13. EN. ZAINAL ABIDIN B. MANAS
(APR 1998 – MEI 2003)
|
14. CIK HJH. RAFIDAH BT. YAHAYA
(JUL 2003 – MAC 2004)
| |
|
15. PN. ROMLAH BT. ISHAK
(APR 2004 – OGOS 2010)
|
16. TN. HJ. MOHD ZALKORNAIN B.
JAAFAR
(NOV 2010 – 2012 )
17. TN. HAJI ABD MAJID B. MOHD NOR (2012) 18. EN. AHMAD ROSIDI B. RAMLEY ( 2013- KINI) |
Thursday, 3 November 2011
SENARAI PENGETUA SMK RAJA SHAHRIMAN
Monday, 31 October 2011
TOKOH SEKOLAH
Sekolah ini telah dinamakan sempena dengan nama Almarhum YM Engku Raja Shahriman Ibni Raja Abdul Hamid, SAMP.,JMN.,PJK.,Orang Kaya Kaya Maha Kurnia Indera Diraja Orang Besar Jajahan Manjung pada tahun 1968.
Wednesday, 15 June 2011
LENCANA SEKOLAH
WARNA
1. Merah - Keberanian dan Keazaman
2. Biru - Perpaduan dan Pemuafakatan
2. Biru - Perpaduan dan Pemuafakatan
3. Kuning - Warna Di Raja
4. Putih - Kesucian dan Kebersihan
LAMBANG
1. Neraca - Keadilan dan bertindak secara waras dengan
mengambil kira perpaduan kaum dan etnik :
Kesucian dan kebersihan dalam tindakan
berlandaskan Raja Berpelembagaan.
2. Buku - Sumber ilmu dan kejayaan sesuatu bangsa
bergantung kepada ilmu pengetahuan.
3. Bunga padi - Membawa pegertian kemakmuran dan
kesejahteraan.
4. Perisai - Yang mengapit logo dengan berwarna kuning
bermaksud Raja Berpelembagaan Tunjang
Kejayaan. Justeru, “PENGETAHUAN PUNCA
KEJAYAAN” meliputi aspek perpaduan, keadilan,
kemakmuran dan pengetahuan.
NAMA SEKOLAH DAN SEJARAH ASALNYA
YM Engku Raja Shahriman Ibni Raja Abdul Hamid S.P.M.P., J.M.N., P.J.K., Orang Kaya-Kaya Maha Kurnia Indra Diraja Orang Besar Jajahan Dinding (Manjung)
PADA mulanya hasil kesedaran dan daya usaha penduduk Beruas, wang sejumlah RM 7,000.00 telah dapat dikumpulkan melalui derma orang ramai dengan hasrat untuk membina sebuah sekolah rendah Inggeris di Beruas. Wang yang terkumpul ini telah diserahkan kepada Pejabat Pelajaran Perak. Kerajaan telah membina sebuah bangunan papan yang hanya mengandungi dua buah bilik darjah dan sebuah rumah guru bagi maksud ini. Bangunan ini terbina berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Beruas. Pada tahun 1954 bermulalah peringkat darjah satu aliran Inggeris di Beruas. Guru Besar yang pertama ialah En. Abdul Kadir b. Abd. Latif. Darjah tunggal yang baru terbentuk itu diberi nama ‘GOVERNMENT ENGLISH CLASS’
PADA tahun 1960, sekolah ini telah menempa sejarahnya lagi iaitu telah diadakan pelajaran menengah peringkat tingkatan satu. Kumpulan pertama ini telah dipindahkan dari Sekolah Iskandar Shah, Parit (hanya murid-murid dari Beruas sahaja). Pada awal tahun 1964, tingkatan empat pertama aliran bahasa Inggeris telah diadakan. Kemudiannya pada Ogos 1968, sekolah menengah telah dipindahkan ke bangunan baru yang berasingan.
SEKOLAH menengah baru ini kemudiannya diberi nama Sekolah Menengah Raja Shahriman mengambil sempena nama YM Engku Raja Shahriman Ibni Raja Abdul Hamid S.P.M.P., J.M.N., P.J.K., Orang Kaya-Kaya Maha Kurnia Indra Diraja Orang Besar Jajahan Dinding (Manjung).
TAHUN 2005, sekolah ini mencipta sejarah lagi kerana buat pertama kalinya kelas tingkatan 6 telah diperkenalkan. Kelas ini diwujudkan hasil usaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah ini dan pentadbir sekolah yang mengerti kepayahan pelajar tingkatan 6 melanjutkan pelajaran di bandar Sitiawan. Pelajar sulung tingkatan 6 di sekolah ini adalah berasal dari sekitar Beruas dan Pantai Remis.
KINI SMK Raja Shahriman mempunyai 6 blok bangunan, sebuah makmal komputer, sebuah kantin dan sebuah surau yang serba lengkap untuk kemudahan para guru dan pelajar. Jumlah guru pada sesi 2013 ialah seramai 71 orang manakala kakitangan bukan guru seramai 10 orang. Mulai tahun 2009 SMK Raja Shahriaman telah beroperasi sebagai sekolah satu sesi tidak lagi dua sesi seperti tahun-tahun sebelumnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)